Tuesday, December 25, 2012

Buat insan teristimewa ;')

Ya Allah ya tuhanku...panjangkan umur ibu dan abah ku...bahagiakanlah mereka...berkatilah hidup mereka...jauhilah mereka dari segala bahaya dan kecelakaan..ku mohon ku diberi kekuatan untuk menjaga mereka seperti mana mereka tdk pernah jemu mnjagaku dan adik- adik...semoga perjalanan kehhidupan mereka dipermudahkan dunia dan akhirat... :')
in syaa allah...

Saturday, January 21, 2012

Duhai Mujahidku :)


Di ufuk barat aku menanti...Di ufuk timur aku mencari
Di gunung itu aku mendaki....Di lembah itu aku turuni
Ayunan langkah aku gagahi......Mencari cintamu duhai ‘Mujahid’ hati

Duhai ‘Mujahid’ hatiku...Rupa kamu tidak ku pandang..
Harta kamu jua tdk ku  pinta mujahidku...apa jua pangkatmu tidak ku ingin

Mujahidku..^_^
Ku hanya mahu bimbingan dr kamu mujahidku Ku hanya mahu lindungan dr kmu..
Ku jua ingin kte bersama menyemai iman insyaallah bersama membajai kebahagiaan..Dengan kalimah agung Ilahi...jua dengan cinta hakiki
Milik Yang Maha Menyayangi

Doaku mengiringi...Mohon  izin abah tercinta...Mohon restu kasih ibu..
Ku akn terus melangkah
Mencari-cari
Kasihmu Mujahidku  permata jiwa buat slma2nya..insyaallah...
Maha Agung cinta Ilahi...Sucikanlah dan bersihkanlah jiwa ku ini...
Hingga aku dan mujahidku tulus cinta pada-Mu
Satukan kami dengan rahmat-Mu
Maha Agung cinta Ilahi
Syukur atas nikmat rasa cinta ini krnaMU ya RABB...
untuk selama2nya...insyaallah

Monday, December 19, 2011

Apa itu Amanah??Apa itu Tanggungjawab..??

Bissmillahirahmanirahim.. ;)

lame dh x update blog..hehe..sngt2 lme...hny mnjenguk2 jaa..heehhe..hr nie trase nk post bnda bru lak ;)
insyaallah moga mnjdi manfaat dan prkongsian tuk semua.. 
korng msti pnh dngr kn sal AMANAH?dan jge TANGGUNGJAWAB?
insyaallah hr nie ana akn crita sket tntng tanggungjawab itu adlh amanh..;)



“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis 
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu 
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum 
dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhan-Nya) itu memberi 
pengajaran  yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah 
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."

Setiap orang memikul tanggungjawab untuk menunaikan amanah. Sebagai 
hamba Allah S.W.T, kita  mesti menyempurnakan segala hak Allah S.W.T. 
Sebagai manusia yang sentiasa berinteraksi dengan manusia lain, kita juga 
perlu menunaikan amanah yang berkaitan dengan hak-hak manusia. 
Sehubungan itu, amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita 
mempunyai pelbagai bentuk. Maka kita  juga bebas menyempurnakan 
amanah-amanah tersebut dengan pelbagai cara. Bagi ibu bapa, anak-anak 
merupakan amanah Allah S.W.T yang mesti dipelihara dan dididik dengan 
akhlak yang mulia. Begitu juga sebaliknya. Anak-anak mesti berbakti 
kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. 
Setiap orang bertanggungjawab dan akan dinilai sejauh mana ia menunaikan 
tanggungjawabnya dengan penuh amanah. Bahkan Islam menganggap orang 
yang tidak beramanah sebagai orang yang tidak sempurna imannya.
Tanggungjawab mrupakan satu amanah yang sngt besar dan hny layak dpikul olh insan2 y btol2 faham maksud tnggungjwab y sbenrnya.Bukan insan y sekadar mlpaskn btuk d tangga.malah inginkan tanggungjawab tersebut semata-mata tuk mndapt populariti y x sberapa..

akhr kta dr ana..tnggungjawab nanti akn di soal d akhrt kelak..renug2knlh.. ;)

Tuesday, October 11, 2011

Usaha Dan Taqwa ;D


Salam wrt..^^,,,Dalam ajaran Islam hukum-hakamnya, arahan dan larangannya, kejadian-kejadian yang terjadi, perkara-perkara sam‘iyat yang kita dengar melalui Al Quran atau Hadis ada yang berbentuk ta’abbudi dan ada yang taa’quli.

Ta’abbudi adalah perintah membuat atau meninggalkannya, dan disuruh taat menerimanya, mempercayainya dan meyakininya. Perkara itu tidak dapat hendak dilogikkan atau susah hendak diterima oleh akal seperti perkara-perkara kerohanian dan soal-soal Akhirat. Walaupun tidak boleh diterima akal, kita terpaksa menerima dan meyakininya, kita diperintah beriman sahaja.
Kalau kita menolak kerana akal tidak boleh menerimanya, maka rosaklah iman kita. Bila rosak iman maka seseorang itu bukan seorang mukmin bahkan telah keluar dari Islam. Di antara contoh-contohnya seperti peristiwa alam kubur, Mahsyar, Syurga, Neraka, peristiwa Israk Mikraj, malaikat, sembahyang (ada rukuk, sujud, berdiri menghadap kiblat), alam jin, Arasy, Kursi, Qadhak dan Qadar, mengerjakan haji (diperintahkan tawaf mengelilingi Kaabah), perkara mukjizat, karamah, membaca ayat Al Quran atau selawat murah rezeki atau menyembuhkan penyakit, terang hati, jauh daripada bala bencana dan lain-lain perkara lagi.
Perkara yang taa’quli ialah arahan buat atau meninggalkan yang boleh diterima oleh akal atau logik. Bila difikirkan perintah suruh dan larangan Allah itu memang munasabah dan terasa patutnya. Akal kita boleh setuju dan boleh menerima dan meyakininya. Oleh itu mudah kita beriman dengannya. Antara contohnya ialah seperti dilarang minum arak, berzina, berjudi, membunuh, berbohong, menghina, menipu, rasuah, mendedah aurat. Disuruh menuntut ilmu, berjuang, berniaga, bersatu, bertolong bantu, pemurah, bekerjasama, bernegara dan lain-lain lagi.
Di antara perkara yang tergolong di dalam perkara yang ta’abbudi iaitu perkara yang tidak boleh dilogikkan hanya wajib percaya dan beriman kepadanya dan tidak boleh dirasionalkan atau difikirkan ialah ‘iman dan taqwa asas bantuan dari Allah yang Maha Berkuasa’.
Bantuan yang dimaksudkan itu terdiri daripada bermacam-macam bentuk pula seperti berjaya di bidang perjuangan, berjaya menyatukan pengikut atau umat, berjaya menegakkan ekonomi, berjaya menegakkan pendidikan dan pelajaran, berjaya menolak musuh dan tipu dayanya, berjaya menegakkan rumah tangga yang berkasih sayang dan harmoni, berjaya mendidik hingga anak-anak taat dengan ibu bapa, murid-murid hormat dengan guru, isteri-isteri taat dengan suami, pengikut-pengikut taat dengan pemimpin, berdakwah mudah orang terima, rakyat taat dengan ketua negara, mudah menumpaskan gejala-gejala masyarakat, terjauh daripada bala bencana daripada sebab usaha manusia mahupun dari bencana alam, jauh dari penyakit, berjaya menegakkan keamanan dan keharmonian masyarakat dan lain-lain lagi.
Bantuan Allah kepada orang yang beriman dan bertaqwa ini banyak disebut dalam Al Quran, antaranya:
“Allah adalah pembela orang-orang yang bertaqwa.” (Jasiyah: 19)
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya keluar, dan diberi rezeki dari sumber yang tidak diduga.” (At Talaq: 2-3)
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan memudahkan segala urusannya.” (At Talaq: 4)
“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.” (At Talaq: 5)
“Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)
“Jikalau penduduk sebuah kampung (atau sebuah negara) itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat daripada langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)
“Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)
“Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.” (Maryam: 63)
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali Imran: 120)
ORANG BERTAQWA DI DALAM PIMPINAN ALLAH
Orang yang bertaqwa sentiasa sahaja dipimpin Allah
Justeru mereka adalah kekasih-Nya
Sekali-sekala disusahkan-Nya untuk naik pangkat
Hati mereka tetap redha
Sekali-sekala dimewahkan kehidupannya
untuk dapat pahala syukur
Ya, dia tetap bersyukur
Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya
Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya
Mungkin dizalimi, dengan berbagai-bagai caranya
Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya
Supaya dia merasakan Tuhan dekat dengannya
Rasa kehambaannya bertambah-tambah menebal di jiwanya
Dia juga tidak lekang dari pujian dan cacian
Memang Allah lakukan demikian rupa
Agar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujian
Rasa tidak layak menerimanya
Kerana itu milik Tuhan, bukan miliknya
Dengan cacian menyedarkan
dirinya memanglah demikian
Hamba patut menerima kejian
Kerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahan
Dia berusaha membaiki dirinya
Sesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannya
Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya
dosa-dosa kita pun diampun
Rasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannya
Kalaupun ada rasa hendak marah dia boleh membendungnya
Begitulah orang yang bertaqwa
Dia sentiasa di dalam pimpinan Tuhan-Nya

Wednesday, September 7, 2011

Kepelikkan mana Yang ALLAH iktiraf??


"Wahai orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,nescaya Dia menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [47:7]

HARI INI!!!!!!
Jangan malu andai kita tak kenal siapa BRITNEYS SPEARS,tapi malulah kita tak kenal siapa As-syahid Hasan Al-Banna..
Kita pelik mengapa mereka sanggup bersengkang mata menonton cerita Korea dan mereka pelik kita berjaga malam biarpun seharian keletihan..

Adakalanya tudung labuh itu dipandang janggal dan selendang berbonggol unta dan berbelit itu menjadi kebiasaan..
Couple itu perkara biasa dan kelihatannya pelik andai tidak bercouple..
Mereka hairan melihat kita dan kita pelik melihat mereka..
Tapi kepelikan yang mana Allah iktiraf?

Ha,Rasulullah tinggalkan pesanan buat kita,
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Teruslah berbuat kerana kita hanya punya Islam,keizzahan kita hanya pada Islam. Berbanggalah dengan Islam. Teruskan berbuat kerana Allah iktiraf kepelikan kita. Dunia hanya melihat,kita yang merasa. Jangan takut dengan pandangan manusia,tapi takutlahdengan pandangan Allah pada kita. Sebab Allah yang menilai kita. Matlamat kita bukan berhenti di dunia,tapi akhirat itu misi kita.
Jangan tangguhkan perubahan!
Dari Ibnu Umar rodhiALLAHU ‘anhu berkata: Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wa sallam memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar rodhiALLAHU ‘anhu berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
Masih ada ruang buat kita,manfaatkan sebaik mungkin!

Saturday, August 6, 2011



Doa Seorang Kekasih










Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala


lirik lagu inteam^^