Tuesday, November 23, 2010

BaYi 0H BaYi..^_^

Bissmillahirrahmanirrahim...Heheheh,...Sejak dulu lagi driku mmng Fanatic pd bayi..heheh.Cuuuummmmeelll2 mrk nie..Ye lh kite sendiri tau kan bahawa bayi nie dilahirkan dalam keadaan y sangt suci dan bersih...


Bila kita bercakap soal bayi, pasti tergambar pada fikiran dan minda kita bahawa bayi itu cukup cantik, kulit yang lembut dan halus serta dilahirkan oleh ibunya dari sebuah perkahwinan. Namun harus diingat, ada juga bayi dilahirkan dari hubungan seksual antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan perkahwinan yang sah dari sudut agama. Kenapa ini berlaku ?
Yang pasti bayi tidak tahu apa itu kelahiran, tidak mengenali dan tidak tahu apa itu erti kecantikan dan kehalusan kulit serta nilai kemanusiaan. Hari ini kedengaran lagi bayi dilahirkan oleh ibu tanpa nikah dan dibuang …dimanakah naluri keibuan dan kemanusiaan? Hari ini ada juga anak yang dewasa, ibubapa tidak berdaya, terbiar, melarat dan dibiarkan oleh manusia-manusia yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan membuang /membiarkan insan-insan tidak terdaya itu terbiar…Kenapa…itu semua terjadi.????..aku sedih, pilu, hiba melihat ini semua. Aku pasrah…dunia hari ini semakin mencabar dan nilai kemanusiaan dalam diri semakin terhakis. Aku sayang diri sendiri.
Renung-renung diri sendiri…semoga nilai kemanusiaan terus terpancar dalam diri sendiri lantas menyayangi semua manusia tanpa menilai siapakah itu…bayi atau orang tua yang terdampar.Wahai bayi akan ku hargai drimu sprti mne IBU BAPAKU menghargai driku swktu kcil....^_^

WALLAHUALAM....

No comments:

Post a Comment