Monday, December 19, 2011

Apa itu Amanah??Apa itu Tanggungjawab..??

Bissmillahirahmanirahim.. ;)

lame dh x update blog..hehe..sngt2 lme...hny mnjenguk2 jaa..heehhe..hr nie trase nk post bnda bru lak ;)
insyaallah moga mnjdi manfaat dan prkongsian tuk semua.. 
korng msti pnh dngr kn sal AMANAH?dan jge TANGGUNGJAWAB?
insyaallah hr nie ana akn crita sket tntng tanggungjawab itu adlh amanh..;)



“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis 
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu 
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum 
dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhan-Nya) itu memberi 
pengajaran  yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah 
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."

Setiap orang memikul tanggungjawab untuk menunaikan amanah. Sebagai 
hamba Allah S.W.T, kita  mesti menyempurnakan segala hak Allah S.W.T. 
Sebagai manusia yang sentiasa berinteraksi dengan manusia lain, kita juga 
perlu menunaikan amanah yang berkaitan dengan hak-hak manusia. 
Sehubungan itu, amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita 
mempunyai pelbagai bentuk. Maka kita  juga bebas menyempurnakan 
amanah-amanah tersebut dengan pelbagai cara. Bagi ibu bapa, anak-anak 
merupakan amanah Allah S.W.T yang mesti dipelihara dan dididik dengan 
akhlak yang mulia. Begitu juga sebaliknya. Anak-anak mesti berbakti 
kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. 
Setiap orang bertanggungjawab dan akan dinilai sejauh mana ia menunaikan 
tanggungjawabnya dengan penuh amanah. Bahkan Islam menganggap orang 
yang tidak beramanah sebagai orang yang tidak sempurna imannya.
Tanggungjawab mrupakan satu amanah yang sngt besar dan hny layak dpikul olh insan2 y btol2 faham maksud tnggungjwab y sbenrnya.Bukan insan y sekadar mlpaskn btuk d tangga.malah inginkan tanggungjawab tersebut semata-mata tuk mndapt populariti y x sberapa..

akhr kta dr ana..tnggungjawab nanti akn di soal d akhrt kelak..renug2knlh.. ;)

Tuesday, October 11, 2011

Usaha Dan Taqwa ;D


Salam wrt..^^,,,Dalam ajaran Islam hukum-hakamnya, arahan dan larangannya, kejadian-kejadian yang terjadi, perkara-perkara sam‘iyat yang kita dengar melalui Al Quran atau Hadis ada yang berbentuk ta’abbudi dan ada yang taa’quli.

Ta’abbudi adalah perintah membuat atau meninggalkannya, dan disuruh taat menerimanya, mempercayainya dan meyakininya. Perkara itu tidak dapat hendak dilogikkan atau susah hendak diterima oleh akal seperti perkara-perkara kerohanian dan soal-soal Akhirat. Walaupun tidak boleh diterima akal, kita terpaksa menerima dan meyakininya, kita diperintah beriman sahaja.
Kalau kita menolak kerana akal tidak boleh menerimanya, maka rosaklah iman kita. Bila rosak iman maka seseorang itu bukan seorang mukmin bahkan telah keluar dari Islam. Di antara contoh-contohnya seperti peristiwa alam kubur, Mahsyar, Syurga, Neraka, peristiwa Israk Mikraj, malaikat, sembahyang (ada rukuk, sujud, berdiri menghadap kiblat), alam jin, Arasy, Kursi, Qadhak dan Qadar, mengerjakan haji (diperintahkan tawaf mengelilingi Kaabah), perkara mukjizat, karamah, membaca ayat Al Quran atau selawat murah rezeki atau menyembuhkan penyakit, terang hati, jauh daripada bala bencana dan lain-lain perkara lagi.
Perkara yang taa’quli ialah arahan buat atau meninggalkan yang boleh diterima oleh akal atau logik. Bila difikirkan perintah suruh dan larangan Allah itu memang munasabah dan terasa patutnya. Akal kita boleh setuju dan boleh menerima dan meyakininya. Oleh itu mudah kita beriman dengannya. Antara contohnya ialah seperti dilarang minum arak, berzina, berjudi, membunuh, berbohong, menghina, menipu, rasuah, mendedah aurat. Disuruh menuntut ilmu, berjuang, berniaga, bersatu, bertolong bantu, pemurah, bekerjasama, bernegara dan lain-lain lagi.
Di antara perkara yang tergolong di dalam perkara yang ta’abbudi iaitu perkara yang tidak boleh dilogikkan hanya wajib percaya dan beriman kepadanya dan tidak boleh dirasionalkan atau difikirkan ialah ‘iman dan taqwa asas bantuan dari Allah yang Maha Berkuasa’.
Bantuan yang dimaksudkan itu terdiri daripada bermacam-macam bentuk pula seperti berjaya di bidang perjuangan, berjaya menyatukan pengikut atau umat, berjaya menegakkan ekonomi, berjaya menegakkan pendidikan dan pelajaran, berjaya menolak musuh dan tipu dayanya, berjaya menegakkan rumah tangga yang berkasih sayang dan harmoni, berjaya mendidik hingga anak-anak taat dengan ibu bapa, murid-murid hormat dengan guru, isteri-isteri taat dengan suami, pengikut-pengikut taat dengan pemimpin, berdakwah mudah orang terima, rakyat taat dengan ketua negara, mudah menumpaskan gejala-gejala masyarakat, terjauh daripada bala bencana daripada sebab usaha manusia mahupun dari bencana alam, jauh dari penyakit, berjaya menegakkan keamanan dan keharmonian masyarakat dan lain-lain lagi.
Bantuan Allah kepada orang yang beriman dan bertaqwa ini banyak disebut dalam Al Quran, antaranya:
“Allah adalah pembela orang-orang yang bertaqwa.” (Jasiyah: 19)
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya keluar, dan diberi rezeki dari sumber yang tidak diduga.” (At Talaq: 2-3)
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan memudahkan segala urusannya.” (At Talaq: 4)
“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.” (At Talaq: 5)
“Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)
“Jikalau penduduk sebuah kampung (atau sebuah negara) itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat daripada langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)
“Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)
“Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.” (Maryam: 63)
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali Imran: 120)
ORANG BERTAQWA DI DALAM PIMPINAN ALLAH
Orang yang bertaqwa sentiasa sahaja dipimpin Allah
Justeru mereka adalah kekasih-Nya
Sekali-sekala disusahkan-Nya untuk naik pangkat
Hati mereka tetap redha
Sekali-sekala dimewahkan kehidupannya
untuk dapat pahala syukur
Ya, dia tetap bersyukur
Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya
Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya
Mungkin dizalimi, dengan berbagai-bagai caranya
Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya
Supaya dia merasakan Tuhan dekat dengannya
Rasa kehambaannya bertambah-tambah menebal di jiwanya
Dia juga tidak lekang dari pujian dan cacian
Memang Allah lakukan demikian rupa
Agar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujian
Rasa tidak layak menerimanya
Kerana itu milik Tuhan, bukan miliknya
Dengan cacian menyedarkan
dirinya memanglah demikian
Hamba patut menerima kejian
Kerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahan
Dia berusaha membaiki dirinya
Sesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannya
Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya
dosa-dosa kita pun diampun
Rasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannya
Kalaupun ada rasa hendak marah dia boleh membendungnya
Begitulah orang yang bertaqwa
Dia sentiasa di dalam pimpinan Tuhan-Nya

Wednesday, September 7, 2011

Kepelikkan mana Yang ALLAH iktiraf??


"Wahai orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,nescaya Dia menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [47:7]

HARI INI!!!!!!
Jangan malu andai kita tak kenal siapa BRITNEYS SPEARS,tapi malulah kita tak kenal siapa As-syahid Hasan Al-Banna..
Kita pelik mengapa mereka sanggup bersengkang mata menonton cerita Korea dan mereka pelik kita berjaga malam biarpun seharian keletihan..

Adakalanya tudung labuh itu dipandang janggal dan selendang berbonggol unta dan berbelit itu menjadi kebiasaan..
Couple itu perkara biasa dan kelihatannya pelik andai tidak bercouple..
Mereka hairan melihat kita dan kita pelik melihat mereka..
Tapi kepelikan yang mana Allah iktiraf?

Ha,Rasulullah tinggalkan pesanan buat kita,
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Teruslah berbuat kerana kita hanya punya Islam,keizzahan kita hanya pada Islam. Berbanggalah dengan Islam. Teruskan berbuat kerana Allah iktiraf kepelikan kita. Dunia hanya melihat,kita yang merasa. Jangan takut dengan pandangan manusia,tapi takutlahdengan pandangan Allah pada kita. Sebab Allah yang menilai kita. Matlamat kita bukan berhenti di dunia,tapi akhirat itu misi kita.
Jangan tangguhkan perubahan!
Dari Ibnu Umar rodhiALLAHU ‘anhu berkata: Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wa sallam memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar rodhiALLAHU ‘anhu berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
Masih ada ruang buat kita,manfaatkan sebaik mungkin!

Saturday, August 6, 2011



Doa Seorang Kekasih










Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala


lirik lagu inteam^^

Saturday, July 23, 2011

Bertudung?????^^

Bissmillahirahmanirrahim...^^
Assalamualaikum pembuka bicara ana hr nie...




Kalau budak-budak kecilpun cantik bila bertudung, apa lagi orang dewasa, bertambah cantiklah dia diiringi dengan pahala. Maruah dan auratnya dijaga. Ditutup dan dipelihara daripada pandanagn orang yang bukan muhrimnya.


Apabila ada orang berkata "alah, minah tu pakai tudung sebab adat je, bukannya apa-apa pun..." Ingatlah bahawa "adat" yang dilafazkan tadi adalah adat yang bertepatan dengan syarak, bukannya bertentangan dengan syarak. Maka di sana dia telah menjalankan auratnya dan melaksanakan tanggung jawab "bertudung" (berhijab).

Pernah juga kita terdengar, "alah aku tak bertudungpun, hati aku baik, aku tak tinggal solat, aku selalu tolong orang, tak payah bertudungpun takpa. lagi pun panaslah..." maka ingatlah, pada ketika itu kita telah melanggar syariat dengan berhujjah "hati saya baik, saya selalu tolong orang...." dan sebagainya, ingatlah bahawa kita sedang memperkotak-katikkan agama, mempersendakan hukum syarak, maka balasannya nanti amatlah pedih.

Pernah juga kita melihat, ada antara kita yang mengadakan majlis tadarus, majlis khatam al-Quran, tidak menjaga adab-adab bila membaca al-Quran. Al-Quran dibaca, jambul rambut terkeluar sini sana. Golongan ini mengatakan bahawa mereka mengamalkan al-Quran, membaca dan menghayati al-Quran. Persoalannya, DIMANAKAH PERNGHAYATANNYA?

Apa yang perlu kita ingat, segala apa yang pernah kita lakukan di dunia ini akan dihisap, semuanya akan dihitung, kerana kita adalah hamba. Dan hamba mempunyai tanggung jawab kepada pencipta.
 
 
 BerPuRdaH  
Tujuan berpurdah untuk menjaga aurat mengikut cara yang diajar oleh Rasulullah. kerana cara Baginda sahaja yg membawa kejayaan dunia dan akhirat.. 
Jadi jangan sewenang-wenangnye menunjuk kepada lelaki..kerana jika nada menunjuk anda tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilihat oleh lelaki..(kecuali kuarga)..kn lbh manis klau tnjkkn kecantikn pd suami je..=)..wanita yang menyebabkn lelaki trpndng2 akn nya(kecuali suami)..wanita itu tidak akan bau syurga apatah lagi memasukinya=)..ingatlah wahai wanita bahawa kecantikkan di dunia hnya sementara..menunjukkan mahkota mu hnye lah membazir mse dan mndengar bisikn syaitan..renung-renung kn..^^

Sunday, July 17, 2011

Selamat Pagi Duhai Sabar..^^

bissmillahirrahmanirrahim...alhamdulillah anaa brkesempatan lgi mencoret sdikit ilmu di dlm blog kesayangan ana ini stelah beberapa kurun tdk mnjenguknya..alhamdulillah tibe ana di rumah smlm stelah sbulan x pulng...dan kini ana di hospital KMC menjaga adik ana yang bongsu di tahan di wad...semoga dia cpt sembuh dan kami d beri kekuatan untuk mnghadapi ujian ini...insyaallah...dan hasil ku menanti dan mlihat ape yang terjadi di sini brmula dr jam 12-00 am smlm ini yang dpt ku coretkan...Mari kite smae2 renung2 kn..


"SABAR" itu berkat...
"SABAR" itu indah...
"SABAR" itu mulia...
"SABAR" itu sejuk...
"SABAR" itu terpuji...
"SABAR" itu pemaaf...
"SABAR" itu arif & bijaksana....

"Maka Bersabarlah kamu dangan sabar yang Baik" (AL-MA'ARIJ : 5 )

Kerana "SABAR" kita bisa mencapai kebahagiaan...
Kerana "SABAR" kita meraih kejayaan...
Kerana "SABAR" kita mendapat hidayah...
Kerana "SABAR" kita disayangi...
Kerana "SABAR" kita dicintai oleh ALLAH & RASUL-NYA...

Sabar itu berat tanpa IMAN...
Sabar itu rumit tanpa ILMU...
Sabar itu resah tanpa tafakur...
Kita tidak akan tahu makna kehidupan tanpa "SABAR" , 
"SABAR" tidak ada tanpa IMAN & IMAN tidak ada tanpa "ILMU"...

"Jadikanlah SABAR dan SOLAT mu, sebagai penolongmu, Dan sesungguhnya hal itu amat Berat kecuali bagi Orang-orang yang khusyuk'" ( AL-BAQARAH : 45 )

Tanpa IMAN & TAQWA kepada ALLAH SWT tidak akan ada hamba yang sabar akan ujian-NYA.
Kerana ujian-NYA lah darjat kita bertambah..
Kerana ujian-NYA pula lah kita dapat mengenal makna hidup yang sesungguhnya....

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi ALLAH adalah kekal. dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (an-Nahl ; 96)

"Mereka itu diberi pahala dua kali ganda di sebabkan kesabaran mereka....." (al-Qashash : 54 )

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (az-Zumar : 10)



"KESABARAN" adalah cermin peribadi seorang MUSLIM.....
wallahualam ...salam wrt dr ana..^^

Tuesday, June 21, 2011

Cinta Oh Cinta ^^

Bissmillahirrahmanirrahim ana mulakan bicara...
umur meningkt dewasa..meningkat remaja...semuanya mkin pantas brfikir dan mkin matang dlm brfikir d dlm semua perkara...Tdk tkecuali soal cinta...ana ykin remaja khususnya...sekarang msti rmai duk pikir soal cinta kn...cintan cintun remaja...^^

meh cnie ana nk crtakn jenis-jenis cinta y pernah ana dngr...mari lh kite brkngsi brsama..mudah-mudahan jd pedoman buat kita brsama...insyaallah..^^
PERTAMA ; cinta kpd ALLAH..cinta pdNYA tdk cukup hny tuk mnyelamatkn diri drpd seksaannya dan tidak cukup hanya memperbanyakkan pahala..sesungguhnya sprti yang kite tau orng2 musyrik,penyembah salib,kaum yahudi dan seangaktan dng mereka juga mnyintai ALLAH...tetapi mreka mnyekutukn ALLAH..ana rase kalian phm mksd ana kn...RENUNG2KNLH..^^



KEDUA ; cinta y sterusnya...cinta kpd sesuatu yang dicintai ALLAH..inilah cinta yang pling disukaiNYA..y pling lurus dan pling dkat pd ALLAH..insyaallah..^^


KETIGA ; kecintaan tuk ALLAH dan krna ALLAH..cinta sprti ini merupakan keharusan cinta drp y dicintai.wahai rakan2 ku skalian cinta tdk akn prnah lurus kecuali cinta itu adlah ikhlas krna ALLAH. dan untuknya semata2...^^


ATAP RUMAH (sbg penutup) ; kecintaan trhdap perkara2 lain y bersamaan dng kecintaan kpd ALLAH. adlh cinta yang disekutukn..semua ormng yang mnyintai trhdp prkara2 lain brsamaan dng cinta mreka pada Allah brmkna cinta mreka itu bknlah untkNYA,bkn krn ALLAH dan bkn kpdNYA..dia mnjadikan sekutu bg ALLAH...inilah cinta orng2 musyrik..wallahualam...
RENUNGKANLAH2....^^

SALAM UKHUWAH FILLAH DR ANA Fatna ^^

Sunday, June 19, 2011

Lelaki y Baik Buat Wanita y Baik Kan???


 Sesungguhnya Diciptakan Hawa dari tulang rusuk kiri Adam a.s,adalah dekat untuk dilindungi&dicintai...^^

Kebanyakkan wanita inginkn lelaki y soleh tetapi mreka tdk mahu mrubh dri mreka trlebih dahulu...Adakah kamu fikir wahai kaum hawa y ku sayangi sesungguhnya lelaki soleh itu lebih besar tanggungjawabnya kpd agama...Sepatutnya pasanganya y solehah itu y patot membantunya dlm mmbngunkn agama...Renung2knlh..^^

Benarlah bagai dikata seringkali terdengar gadis berbicara....


Situasi Pertama:zaman solo ni la aku nak pakai selendang belit2 ni.....esok bila dah ada hubby tau la dia ajar aku pakai y mak cik-mak cik punya---->>>Ya Allah sdrkh kamu apa y kamu tuturkn ini wahai kaum hawa???


Situasi kedua:Aku esok kalau kawen nak carik y imam2 sikit la....yela aku ni kau tau jela.....at least,boleh jugak nanti suami aku didik anak-anak aku.....--->>Di mana pula peranan kamu wahai wanita...??Renung2knlh...

Astaghfirullahalazim...berfikirlah sedalm2nya sblom berbicara wahai ukhti y ku sayangi lg ku kasihi...
...
Kadangkala,apabila melihat pasangan pengantin......jika salah satu pasangannya saya kenal dan tahu ketinggian budi pekertinya.....pasti terdetik dalam hati saya...pasti isteri/suami nya macam dia juga.....wah......Alhamdulillah....secocok.......mana mungkin...seorang pencuri akan rela berkawan dengan pak polisi lebih daripada seorang pencuri lain?????^^



Kemudian.....saya terkenang janji Sang Pencipta........lelaki y baik untuk perempuan yang
baik.....begitu juga sebaliknya... Cukup untuk membuat saya tersenyum......Alhamdulillah...betapa Cinta Allah itu Maha luas....

Wallahualam....salam ukhuwah fillah dr ana fatna syafiqah...^^

Saturday, June 18, 2011

Ubat Penyembuh Dosa..^^

Salam wrt....Dengarkan resipi ini wahai akhi wa ukhti y ku kasihi skalian...saudara seislam ku...Dengarkn resipi ini..^^..jika kamu mngrjakannya kamu akn mndapat penyembuhan drp ALLAH...insyaAllah...^^
ambillah akar2 kemelaratan dan jiwa kesabaran lalu campurkan dng bahan fikiran dan pertimbangan...kemudian cmpurknlh pula dng rendh hati dan kekhusyukan..ditumbuk semuanya dlm lesung taubat dan dibashkn dng air mata lalu dmptkn dlm tmpt rndh diri kpd Allah dan di masak dng api tawakkal pdnya..insyaallah...

Setelah itu mari lh kite sama2 shabt mngaul bahan td dng senduk istighfar kpdNYA shngga nmpk taufiq dan kehormatan diri/...^^...lalu pndhkn bahan2 td ke dlm mangkuk cinta kpdnya dan sejukkan dng udara ksh syg..sesudah itu disaring dng saringan kesusahan dan dtmbh dng hakikat iman srta jng lupa cmpurkn dng rasa tkot kpd Allah ...truskn meminum ubt ini selama mna hidupmu dan hatimu akn sembuh dr segala keluhan dan akn hlng rasa sakit dosa dng izin Allah...wallahualam..
sesungguhnya y baik dtg drp pencipta kita Allah swt dan y  buruk dtng dr ana sendiri..wallahualam..^^

Sunday, June 12, 2011

Perawat Waktuku..^^..

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan


*****nie dia lagu nasyid faaveret eden dr dulu smpai skunk...insyaallah slamanya..
luv it 4eva lah..^^
wallahualam ..salam ukhuwah fillah dr ana Fatna^^

Saturday, June 11, 2011

Buatmu SI Dia Bakal Suamiku Kelak^^..insyaallah^^



Bissmillahirrahmanirrahim pembuka bicara ana kali ini...kali nie fatna nk share sdikit pesanan buat bakal mujahid peneman hidupku kelak..insyaallah..mngkin para-para muslimah di luar sana boleh guna gk..insyaallah...Ya Allah ya tuhanku tlng beritahu pd bakal suamiku nanti cinta yang teragung adlh cintanya padaMU...tolng bg tau kt dia bhwa cinta manusia akn mmbuatkn nya alpa..ya Allah tlng ingtkn bakal suamiku kelak jng mencintaiku lbih dari mencintai dirimu ya RABB..tolong ingatkn dia senantiasa YA Allah jngan mengingatiku lbih dari mengingati diriMU ya Allah..
ya Allah jika aku jatuh cinta...cmaka jatuhkan lah cintaku pada seseorng y melbhkn cintanya padaMU ya Allah..agar brtmbh kekuatanku tuk mnyintaimu..
tolong ingtkn dia senantiasa ya Allah jng mendoakan ku lbih dr dia mndoakn kedua ibu bapanya..
tolong ingtkn dia senantiasa dahulukan Allah krn di situ adanya syurga..^^
Tolong ingtkn si dia bakal suamiku y senantiasa di sayangi tlng dahulukan ibu bapa mreka krn di situ telapak syurganya..tolong ingatkn si dia sy terpikat pdnya bkn krna pd paras rupanya tetapi imanya..^^
tolong ingtkn si dia dri ini cntakannya bkn krna harta tetapi krna zuhudnya...tlng ingtkn si dia aku kasihinya krna santunya..ya Allah tolong ingtkan si dia apabila dia mula mengagungkn cinta manusia...
wahai bakal suamiku ku minta pdNYA agr senantiasa menegurmu jika nafsu mengawal fikiranmu...ya Allah tolng ingtkn si dia bhawa aku milikmu yang maha esa...
Ya Allah tlng sedrkn bakal suamiku kelak tngungjawab besarnya pd keluarganya...

tolng ingtknya ya RABB aku tdk mau mnjadi fitnah besar pdnya..aku jua tdk mau mnjadi sebab kegagalannya...tolong pesan pdnya dri ini membiarkn y maha ESA menjaganya...
Ya Rahman tlng smpaikn pd bakal suamiku kelak ku mahu mlihtnya brjaya dlm hidupnya dan cita2nya...^^
tolng khbrkn pd mujahidku disayangi ku ingin dia mjdi penyokong kejayaanku kelak..insyaallah
tolong khbrkn pd si dia ku dambakan cinta nya y suci dan trjaga..
dan akhr kata driku tolong sampaikan pd bakal suamiku kelak ya Allah...tolong smpaikn pdnya cinta krn Allah amat brharga dan tdk ternilai...
salam syg drku buat bakal suamiku kelak..insyallah..

Thursday, June 9, 2011

Cukuplah Kemuliaan Anda Dng Menjadi Seorng Wanita Solehah^^

Bissmillahirahmanirahim..^^


kali nie fatna ingin mulakan dng sdikit kata2 pesanan y diingati shngga skrng.."Jng kau otus asa krn tdk mlihat jln keluar ...kalau brgitu di manakh Allah dn takdirnya???" (renung2knlh)^^
Segala yng mnimpa anda saat brjuang di jln Allah mrupkn pnebus dosa anda ats izinNYA...insyaallah^^..bergembiralah shbtku dng khbr y trdpt dlm mksd hadis ini...
"Apabila seorng wanita brbakti kpd suaminya,mngrjakn solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya..nescaya dia akn memasuki syurga..^^...fatna yakin smua ntara kite ingin mlngkh ke syurga kn???
Semua itu adlh prkara y mudah bg mreka y dprmdhkn jalan olh ALLAH swt...olh itu saudariku laksanaknlh amalan2 yang agung tersebut agr engkau dpt menemui tuhanmu y maha pengasih...berjalan sesuai dng al-quran dan sunnah nabinya nescaya engkau akan menjadi MUSLIMAH SEJATI^^..insyaallah
Semua perkara ini mrupakan kemuliaan  yang agung dan kebanggaan yang besar bg anda..Krn selain anda,ada wanita y dlhirkn d negari kafir sprti nasrani,yahudi,komunis ataupon ideologi y brtentangan dng islam..wallahualam...Sedngkn kite dplh olh ALLAH  untuk mnjdi muslimah sejati dan DIA akn masukkan anda ke dlm glngan ummat nabi muhammad saw..insyaallah kite jga blh trmsuk dlm menjejaki jejak aisyah,khadijah dan fatimah..insyaallah..semoga Allah meredhai mrka semua..insyaallah..^^
Akhir kata dr ana FATNA SYAFIQAH..^^
WALLAHUALAM...
SALAM UKHUWAH FILLAH ABDAN ABADA^^

Wednesday, June 8, 2011

TIDAK!!!!

Bissmillahirrahmanirrahim...sekian lame ku tibe d UITM arau tercinta...hr nie bru ku brpluang tuk mluangkn mse brsama blog ku y trsyng ini...lps blik je dr kls kul 4.30 ptng td tbe trgrak hti ingin mncoret satu ilmu agr dpt dkngsikn bersama...Insyaallah...tp msti korng plik kot ngan tjuk hr nie apsl tbe2 tjuk nya jd TIDAK!!!
if u all nk tau jom kite tngk ape y den dh tulis..^^


Anda tidak akn mnyia2kn umur anda sprti seng mmbls dendam dan selisih faham dng prkara yang tiada kebaikan di dlmnya...
anda jua tdk akn mnghslkn wang dan mnghimpunknya dng mngorbnkn ksihatan,kebahagiaan,tidur dan ketenangan anda...
anda jua tdk akn mncri kesalhn dn mngumpt orng lain srta mlupkn kesalahan dan aib sendiri...
anda tdk akn mngambil sikap acuh x acuh trhdp badan dan rumah dr bersih,wangi dan disiplin..
anda tidak akn minum minuman y haram,merokok dan segala sesuatu y kotor dan najis..
anda tdk akn mengingat musibah y berlalu,bncana y sdh silam atau kekeliruan y prnh di alami..
anda tdk akn mlupkn akhirat dan amal untuknya dan alpa trhdp tnda2 keberadaanya...
WALLAHUALAM...renung2knlh^^

Monday, May 23, 2011

Rahsia Sebuah Hati..;)


"Orang yang dapat merasakan nikmatnya iman adalah orang yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, serta Nabi Muhammad SAW sebagai nabinya."  (HR. Imam Ahmad)
Perasaan yang terpancar daripada keredhaan tersebut adalah makrifat kepada Allah Taala. Adapun makrifat yang dimaksudkan adalah cahaya yang ditempatkan oleh Allah di dalam hati setiap orang yang dikehendaki daripada hamba-hambaNya. Tidak ada satu benda pun yang lebih besar lagi mulia selain daripada cahaya tersebut. Sesungguhnya hakikat makrifat adalah hati yang dihidupkan oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-An'aam ayat 122:
"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk)....." (Al-An'aam: 122)
Dar firman Allah dalam Surah Yasin ayat 70:
"Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya)...." (Yaasin: 70)
Firman Allah juga di dalam Surah al-Nahl ayat 97:
"...Maka seseungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik..." (An-Nahl: 97)
Serta firman Allah di dalam Surah al-Anfaal ayat 24:
"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna...." (Al-Anfaal: 24)
Oleh itu bagi sesiapa yang jiwanya telah mati, maka dia akan dijauhkan daripada kehidupan dunia. Dan sesiapa yang hatinya telah tertutup, maka jauhlah dia daripada Allah. Ibn al-Samak telah ditanya: "Bilakah seorang hamba itu mengetahui bahawa dia berada pada hakikat suatu makrifat?" Beliau menjawab: "Apabila dia dapat menyaksikan sesuatu yang hak dengan sorot mata iktibar dan menafikan kehendak yang lain."
Dikatakan makrifat tersebut adalah menafikan segala sesuatu selain daripada Allah, dengan maksud bahawa makrifat tersebut mencakupi segala sesuatu yang kecil bahkan lebih kecil daripada biji sawi. Firman Allah di dalam Surah al-An'aam ayat 91:
"Katakanlah (kepada mereka): "Allah jualah (yang menurunkannya)", kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya."
Oleh itu bagi sesiapa yang semata-mata melihat kepada Allah sesungguhnya dia tidak akan melihat kepada kehidupan dunia atau mengharap balasan dari perbuatan baik yang dia lakukan. Sinar hati seorang ahli makrifat adalah lebih terang berbanding sinar matahari pada waktu siang, bahkan lebih elok berbanding sinar dan cahaya yang terpancar daripada sumbernya. Sebuah syair mengakatakan:
Terbitnya matahari adalah harapan bagi orang ramai yang mengharapkan terangnya malam,
Oleh itu bersinarlah dan jangan pernah terbenam,
Sesungguhnya sinaran matahari pada sebalah siang akan terbenam pada sebelah malam,
manakala sinaran hati tidak akan pernah sirna sampai bila-bila.
Dzu al-Nun rahimahullah berkataL Pengetahuan tentang sesuatu yang hak terhadap perkara-perkara yang sulit dan tersembunyi adalah melalui pertolongan daripada Allah SWT. Perkara tersebut umpama munculnya matahari yang menyinari bumi dengan terbit dari sebelah Timur. Oleh itu, hendaklah kamu mensucikan hati, kerana sesungguhnya hati yang suci dapat menerangi pandangan kamu dalam kehidupan ini. Sesungguhnya sesiapa yang mengetahui Allah, maka dia tidak akan pernah memilih sesuatu selainNya, dan tidak akan pernah mencintai sesuatu selain Allah SWT.
Dalam sebuah hadith dikatakan:
"Sesungguhnya Allah Taala menciptakan makhlukNya dalam kegelapan. Kemudian Dia memberikan kepada mereka cahayaNya. Oleh itu, bagi sesiapa yang mendapat cahaya tersebut pada suatu masa, maka dia akan mendapat hidayah. Dan bagi sesiapa yang tidak mendapatnya, maka dia akan berada dalam kesesatan." (HR. Imam Ahmad)
Itulah cahaya yang keluar sebagai anugerah dan bertempat di dalam hati. Cahaya tersebut disinari dengan perkara-perkara yang baik lagi berfaedah. Sinaran itu boleh mencapai sehingga batas kekuasaan Allah, serta tiada satu benda pun yang boleh menghalannya daripada kekuasaan Allah. Ketika seorang hamba mendapat cahaya tersebut, maka dia akan menjadikan segala perbuatan, tutur kata, gerak-geri serta keinginannya, baik dalam kehidupan mahupun kematiaannya kelak adalah berdasarkan cahaya Ilahi. Firman Allah dalam Surah al-Nuur ayat 35:
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci al-Quran) adalah sebagai sebuah 'misykaat' yang berisi sebuah lampu; Lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); Hampir-hampir minyaknya itu (dengan sendirinya) memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh apil (Sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu."
Sebuah syair mengatakan:
Meskipun Engkau tidak ada di sisiku,
Tetapi ingatan kepadaMu akan sentiasa bersamaku,
Hatiku dapat melihatMu,
Walaupun Engkau tiada dari pandanganku.
Berkata Yahya bin Mu'az RA: "Makrifat itu adalah cara untuk mendekatkan hati kepada Allah SWT. Makrifat juga adalah sebagai pengawas roh serta keinginan untuk menyerahkan jiwa kepada Penguasa Yang Maha Menjawab tentang benda-benda keduniaan."
Dzu al-Nun pula berkata: "Makrifat itu adalah khayalan sebuah rahsia daripada segala keinginan dan meninggalkan kebiasaan dunia serta menenangkan hati kepada Allah secara langsung tanpa bantuan perantara."
Sebahagiaan orang ada yang mengatakan bahawa bentuk makrifat itu adalah kegilaan , "Gambarannya adalah kebodohan serta maknanya adalah kebingungan dan keraguan." Sesungguhnya seorang ahli makrifat adalah orang yang menyibukkan diri dengan berbagai ilmu Allah sehingga apabila ada orang melihatnya, maka seorang yang bodoh. Akan tetapi sebaliknya, dia (ahli makrifat) selamanya akan berada dalam kemuliaan.
Seorang ahli makrifat akan sentiasa bersedihi apabila mengingati dosanya sehingga hampir hilang akal dan kesedaran. Apabila orang ramai melihatnya, mereka beranggapan bahawa ahli makrifat itu adalah orang gila. Seorang ahli makrifat juga sentiasa mengingati Allah dan melupakan selainNya, sehingga apabila orang ramai melihatnya mereka akan bingung dan tercengang!
Tidak ada seorang manusia pun yang sanggup menjelaskan tentang makrifat Allah SWT, kerana makrifat Ilahi itu boleh kelihatan hanya dengan kebesaran dan kekuasaan daripadaNya. Oleh itu, seseorang ahli makrifat tidak akan kekal dalam mengetahui rahsia Ilahi. Dia akan merasa  berada dalam mengetahui rahsia Ilahi. Dia akan merasa berada dalam tanah Allah SWT yang luas tanpa diri dan sebab. Dia juga akan nampak seperti orang mati yang hidup, kemudian hidup lalu mati. Keadaannya akan tertutup oleh hijab dan terbuka, kemudian terbuka lalu tertutup kembali.
Sebagai ahli makrifat selalu merasa takut terhadap perintah-perintah Ilahi. Perasaannya sentiasa meluap dalam lingkungan kebaikanNya, bermanja-manja di bawah keindahan tabirNya, dan sentiasa tunduk terhadap kekuasaan hikmahNya, serta kekal di atas permaidani kelembutanNya.
Dia juga akan nampak seperti orang yang bingung kerana kerana cintanya yang mendalam kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan baginya kecuali kekuasaan dan keabadian daripada Allah SWT. Dengan ketentuan dan ketetapannya daripadaNya, para ahli makrifat dijadikan sebagai manusia biasa yang tidak akan kekal. Kefakiran mereka adalah kepada Allah, dan kekayaan mereka semata-mata milik Allah, serta kemuliaan dan kehinaan mereka adalah kerana  Allah SWT.
Diriwayatkan bahawasanya Allah SWT telah berfirman ketika menurunkan wahyu kepada Daud AS: "Hai Daud! Kenalilah Aku dan kenali pula dirimu." Kemudian Daud berfikir dan berkata: "Tuhanku! Aku telah mengetahui Engkau, iaitu dengan keesaanMu, kudratMu dan dengan ketetapanMu. Dan aku jugatelah mengetahui diriku dengan kelemahan da nketidak kekalan." Allah Taala berfirmanL "Sekarang engkau telah mengenal Aku."
Dijelaskan dalam satu riwayat: "Apabila kamu telah mengenali Allah dengan sebaik-baik pengetahuan, maka pelajarilah ilmu yang tiada kebodohan selepas mempelajarinya, dan gunung-gunung  kan ikut mendoakanmu. Sesungguhnya tidak akan pernah ada batas akhir bagi seorang hamba yang mempelajari ilmu Allah, kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Agung untuk seseorang dalam mencapai makrifatNya."
Imam Ja'far al-Sadiq RA berkata: "Seseorang tidak akan dapat mengetahui Allah dengan sebenar-benar pengetahuan apabila dia berpaling daripadaNya, kerana makrifat itu adalah hati yang melayang dalam kemah anugerah dan penjagaan Allah, berkeliling dalam tabir kemuliaan dan kekuasaanNya. Demikianlah keadaan orang yang ditutup pendengarannya dari perkara-perkara yang batil, dan dilenyapkan penglihatannya daripada melihat benda-benda yang membangkitkan nafsu syahwat, serta lisannya yang dikunci daripada berucap perkara-perkara yang tidak berguna.
Abu Yazid rahimahullah ditanya: "Bagaimana kamu melihat ciptaan Allah?" Beliau menjawab: "Aku melihat segala ciptaan Allah dengan ilmu makrifatNya." Muhammad bin Wasi' rahimahullah pula telah ditanya: "Apakah kamu telah mengetahui Rabbmu?" Beliau terdiam beberapa saat, lalu berkata: "Orang yang mengetahui Allah adalah orang yang sedikit bicaranya dan sentiasa diam, serta tidak kekal terhadap gambaran sesuatu perbuata. Diamnya adalah berzikir kepada Allah dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya dalam segala hal, juga menyerahkan setiap kedaan semata-mata kepada pemilik keadaan, kerana sesungguhnya segala sesuatu itu mesti dilihat hakikatnya, tidak dengan perasaan dan hasil rekaan manusia."
Abu Yazid rahimahullah berkata: "Bukanlah hakikat daripada makrifat apabila seseorang redha dengan sesuatu keadaan tanpa kebenaran daripada Allah, kerana sesungguhnya orang yang mengenal Allah adalah orang yang lisannya penat dengan menyebut nama Penciptanya dan akalnya sentiasa takjub dengan segala ciptaanNya. Dan ahli makrifat itu adalah orang yang apabila banyak bicara dengan segala kelemahannya boleh merosakkan, dan apabila banyak berdiam boleh membakar perasaannya kepada Allah."
Berkata Abu Bakr al-Wasiti rahimahullah pula: "Makrifat itu terbahagi kepada dua jenis, makrifat keyakinan dan makrifat keimanan. Makrifat keimanan adalah kesaksian lisan terhadap keesaan Allah dan pengakuan terhadap kebenaran yang terdapat dalam al-Quran. Manakala makrifat keyakinan adalah kesaksian seseorang kepada Allah melalui perantaraan hati."
Sesetengah orang berkata: "Makrifat itu terbahagi kepada dua bentuk. Pertama adalah apabila seseorang mengetahui bahawa nikmat itu datangnya daripada Allah. Firman Allah di dalam Surah al-Nahl ayat 53:
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dan Allah."  (An-Nahl: 53)
Oleh itu, setiap ahli makrifat akan sentiasa bersyukur ke atas nikmat yang Allah berikan, kemudian mereka sentiasa memohon tembahan nikmat hanya kepada Allah Taala semata-mata. Ini sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Ibrahim ayat 7:
"Jika kamu bersyukur nescaya. Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu.(Ibrahim: 7)
Adapun makrifat yang kedua adalah melihat kepada Allah Yang Maha memberi nikmat tanpa berpaling kepad anikmat itu sendiri. Kemudian bertambah kerinduannya kepada Allah dan melakukan setiap perbuatan mengikut kebenaran makrifat dan perasaan cintanya kepada Allah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfaal ayat 64:
"Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu." (An-Anfaal: 64)
Kemudian firmanNya dalam Surah at-Taubah ayat 129:
"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku).(At-Taubah: 129)
Manakala Dzu al-Nun al-Misri rahimahullah berpendapat bahawa makrifat itu terbahagi kepada tiga jenis. Pertama adalah makrifat tauhid, iaitu makrifat bagi orang-orang Mukmin secara umum. Kedua adalah makrifat alasan dan keterangan, iaitu makrifat bagi para ulama, pemimpin dan pentadbir undang-undang. Dan ketiga adalah makrifat sifat tunggal bagi Allah, iaitu makrifat bagi para wali Allah dan juga para sufi yang diperlihatkan oleh Allah perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain dan mereka juga diberikan kemuliaan yang tidak dimiliki oleh orang lain yang bukan waliNya.
Allah Taala mengkhususkan mereka berbanding makhluk yang lainnya dan Dia memilih mereka khusus untukNya. Hidup mereka adalah rahmat, manakala kematian mereka adalah kegembiraan. Berbahagialah mereka orang-orang yang menjadi pilihan Allah SWT.
Sesetengah orang pula berpandapat bahawa makrifat itu terbahagi kepada dua perkara. Pertama adalah makrifat tauhid, iaitu pengukuhan terhadap keesaan 'Asma' Allah dan kedua adalah makrifat tambahan, iaitu makrifat yang tiada jalan bagi seseorang untuk mencapainya.
Imam Rifa'i berkata: Makrifat itu umpama pokok yang mempunyai tida dahan: tauhid, tajrid dan  tafridTauhid bermakna pengakuan, sedangkan tajrid bermakna penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah, manakala tafrid bermakna hubungan seluruh anggota badan kepadaNya dalam setiap keadaan.
Adapun tingkatan yang pertama dalam makrifat adalah tauhid yang membawa maksud naik saksi terhadap Allah SWT dan RasulNya. Kemudian tajrid yang membawa maksud menyerahkan segala sebab hanya kepada Allah SWT. Dan yang terakhir adalah tafrid yang membawa maksud berhubung kepada Allah SWT tanpa bantuan perantara!
Imam Rifa'i berkata dengan lebih lanjutL "Makrifat juga mempunyai lima metod. Pertama adalah selalu merasa takut kepada Allah SWT dalam berinteraksi, baik secara rahsia mahupun secara terang-terangan. Kedua adalah mengikat jiwa kepada Allah dalam mengabadikan diri kepadaNya. Ketiga adalah melakukan hubungan kepada Allah dengan seluruh anggota badan. Keempat adalah ikhlas untuk Allah dalam perkataan, perbuatan dan niat. Dan kelima adalah pengawasan diri kepada Allah pada setiap waktu dan keadaan."
'Abd al-Bari rahimahullah bercerita: "Aku berjalan bersama saudaraku Dzu al-Nun rahimahullah. Kemudian kami bertemu budak-budak yang sedang melempar seseorang dengan batu. Saudaraku bertanya kepada mereka: "Apakah yang kalian kehendaki daripadanya?" Mereka menjawab: "Dia adalah orang gila! Dia mengaku bahawa dia dapat melihat Allah!" Kemudian kami mendekati orang tersebut dan kami lihat dia adalah seorang pemuda yang elok parasnya. Nampak dari wajahnya tanda-tanda ahli makrifat. Kemudian kami mengucapkan salam dan berkata kepadanya: "Mereka berdalih bahawa kamu mengaku dapat melihat Allah Taala!" Anak muda itu menjawab: "Demi Allah! Apabila aku kehilangan Dia dalam sekelip mata, seketika itu juga aku akan mati." Lalu beliau mengungkapkan beberapa syair:
Seorang kekasih meminta dari kekasihnya keredhaan,
Dan cita-cita seorang kekasih adalah apabila dia dapat berjumpa dengan kekasihnya,
Selamanya dia akan mengintai sang kekasih dengan kedua mata hatinya,
Dan hati seorang kekasih dapat mengetahui Tuhannya serta melihatNya,
Seorang kekasih akan redha daripada kekasihnya apabila saling berdekatan,
Dia tidak menginginkan hamba yang lainnya kecuali Allah SWT.
Selepas mendengar syair tersebut, aku berkata kepadanya: "Apakah kamu sudah gila?" Dia menjawab: "Bagi ahli dunia ini memang, tetapi aku tidak bagi ahli langit." Aku bertanya: "Bagaimanakah keadaanmu kepada Allah?" Dia menjawab: "Semenjak aku mengenalNya, tidak pernah aku berpaling daripadaNya." Aku bertanya lagi: "Semenjak bila kamu mengetahui Tuhanmu?" Dia menjawab: "Semenjak mereka menganggapku sebagai orang gila."
WALLAHUALAM..^_^