Thursday, May 5, 2011

BONDA OH BONDA....





Marilah sama–sama kita bersungguh-sungguh dan berusaha untuk 
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan  sentiasa mematuhi 
dan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Mudah-mudahan kita memperolehi kesejahteraan dan kerahmatan dari 
Allah dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan akhirat...
Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 23:
Maksudnya: 
“Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah 
melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik 
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali 
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah 
engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun
seperti  perkataan  “ah” adalah tidak dibenarkan  dan janganlah engkau 
menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka 
perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)”.
Dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa  dan 
tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan . Ini kerana 
setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan  kelahiran 
dari seorang ibu.  Oleh itu,  Islam memandang serius hukum dan adab 
berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu .
Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan , berlemah lembut,  
berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga 
kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap 
mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan 
perkataan  “ah” sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan
menyanggah seperti  tersebut menunjukkan tanda  ingkar atau membenci 
terhadap tindakan mereka.
Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada 
kepayahan dan kesusahan mereka  ketika  mengandungkan kita, 
membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari.
Firman Allah dalam Surah Lukman ayat 14:
Maksudnya: 
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya 
,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi 
kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan 
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.  Dengan 
demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah 
kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan”.
Pengorbanan mereka  adalah pengobanan yang cukup besar. Maka atas 
dasar itulah Islam  menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa 
mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 36:
Maksudnya 
“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu 
sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat 
baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak  yatim, 
orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, 
rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang 
kamu miliki.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang 
sombong, takbur dan suka membangga diri”.
Perintah untuk menyembah Allah dan  larangan mensyirikkanNya diikuti 
dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu 
rapatnya hubungan antara persoalan  taat kepada Allah dan  taat  kepada 
kedua ibu bapa.  Namun dewasa ini, terdapat dikalangan  anak-anak yang 
mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka  tidak 
mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening 
mereka, kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat 
juga di kalangan kita menambah  bebanan kepada ibu bapa seperti 
menyuruh menjaga cucu, menjadi pembantu rumah bahkan ada yang 5
sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua dan 
mengabaikannya. 
Ingatlah bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala 
kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”.
Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk menghantar ibubapa 
dengan kerelaan mereka sendiri untuk menginap di premis-premis atau 
rumah jagaan yang dikhususkan untuk mengikuti program-program yang 
telah disediakan seperti aktiviti-aktiviti ilmiah dan ibadah untuk warga 
emas. Oleh itu masyarakat setempat perlulah mengambil inisiatif terbaik 
dengan mewujudkan tempat-tempat pengajian bagi orang-orang tua seperti 
manayang terdapat di beberapa kawasan di negeri Selangor...Dalam kita mengenang jasa ibu sempena kita menyambut hari ibu setiap 
tahun marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berikrar untuk sentiasa 
menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan ibu kita. Berusahalah 
agar kita tidak menyakiti hati ibu kita yang selama ini entah berapa kali kita 
telah menyakiti dan menyentuh hati  dan perasaan mereka. Ingatlah, 
perbuatan menyakiti hati seorang ibu adalah merupakan dosa yang cukup 
besar. Berjanjilah  kita bahawa kita akan menjadi anak yang tidak 
menderhaka kepada kedua ibu bapa kita. 7
Adalah sesuatu yang amat mengecewakan kita  pada hari ini apabila ada 
sebahagian anak-anak tidak lagi hormat kepada ibu-bapa, berani memaki 
hamun  apabila tidak mendapat apa yang dihajati malah lebih dahsyat 
sanggup melakukan jenayah seperti memukul, sepak terajang bahkan lebih 
dahsyat hingga sanggup membunuh ibu-bapa sendiri. Ini adalah tanda jiwa 
mereka sudah tandus daripada keimanan bahkan jiwa mereka sebenarnya 
telah dikuasai oleh syaitan.
WALLAHUALAM..^_^

No comments:

Post a Comment