Sunday, May 8, 2011

PEMIMPIN!!^_^






Pemimpin dilahirkan antara dua, samada lahir dengan semulajadi dengan sifat kepimpinan atau lahirnya perlu dilatih untuk menjadi seorang pemimpin.Namun, apa yang lebih penting ialah apa yang dilaksanakan dengan amanah-amanah yang diberikan dengan terbaik dan ikhlas.
Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani – Khalifah Ali bin Abi Talib
Tidak semua yang kamu lihat, seperti yang kamu lihat. Banyak yang belum kamu lihat, belajarlah! Suatu ketika kamu akan melihat semuanya.
Satu dirham disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari seratus dirham diwasiatkan ketika akan mati. – Ibnu Mas’ud
Jangan terus percaya pada segala apa yang anda dengar. – Heinrich Wieland
Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama gembiranya di akhirat dan lebih lama kenyang di dunia akan lebih banyak lapar di akhirat – Ibnu Asahir
Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun. – Imam Hassan Al-Banna
Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar -Imam Syafi’


No comments:

Post a Comment