Saturday, July 23, 2011

Bertudung?????^^

Bissmillahirahmanirrahim...^^
Assalamualaikum pembuka bicara ana hr nie...




Kalau budak-budak kecilpun cantik bila bertudung, apa lagi orang dewasa, bertambah cantiklah dia diiringi dengan pahala. Maruah dan auratnya dijaga. Ditutup dan dipelihara daripada pandanagn orang yang bukan muhrimnya.


Apabila ada orang berkata "alah, minah tu pakai tudung sebab adat je, bukannya apa-apa pun..." Ingatlah bahawa "adat" yang dilafazkan tadi adalah adat yang bertepatan dengan syarak, bukannya bertentangan dengan syarak. Maka di sana dia telah menjalankan auratnya dan melaksanakan tanggung jawab "bertudung" (berhijab).

Pernah juga kita terdengar, "alah aku tak bertudungpun, hati aku baik, aku tak tinggal solat, aku selalu tolong orang, tak payah bertudungpun takpa. lagi pun panaslah..." maka ingatlah, pada ketika itu kita telah melanggar syariat dengan berhujjah "hati saya baik, saya selalu tolong orang...." dan sebagainya, ingatlah bahawa kita sedang memperkotak-katikkan agama, mempersendakan hukum syarak, maka balasannya nanti amatlah pedih.

Pernah juga kita melihat, ada antara kita yang mengadakan majlis tadarus, majlis khatam al-Quran, tidak menjaga adab-adab bila membaca al-Quran. Al-Quran dibaca, jambul rambut terkeluar sini sana. Golongan ini mengatakan bahawa mereka mengamalkan al-Quran, membaca dan menghayati al-Quran. Persoalannya, DIMANAKAH PERNGHAYATANNYA?

Apa yang perlu kita ingat, segala apa yang pernah kita lakukan di dunia ini akan dihisap, semuanya akan dihitung, kerana kita adalah hamba. Dan hamba mempunyai tanggung jawab kepada pencipta.
 
 
 BerPuRdaH  
Tujuan berpurdah untuk menjaga aurat mengikut cara yang diajar oleh Rasulullah. kerana cara Baginda sahaja yg membawa kejayaan dunia dan akhirat.. 
Jadi jangan sewenang-wenangnye menunjuk kepada lelaki..kerana jika nada menunjuk anda tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilihat oleh lelaki..(kecuali kuarga)..kn lbh manis klau tnjkkn kecantikn pd suami je..=)..wanita yang menyebabkn lelaki trpndng2 akn nya(kecuali suami)..wanita itu tidak akan bau syurga apatah lagi memasukinya=)..ingatlah wahai wanita bahawa kecantikkan di dunia hnya sementara..menunjukkan mahkota mu hnye lah membazir mse dan mndengar bisikn syaitan..renung-renung kn..^^

Sunday, July 17, 2011

Selamat Pagi Duhai Sabar..^^

bissmillahirrahmanirrahim...alhamdulillah anaa brkesempatan lgi mencoret sdikit ilmu di dlm blog kesayangan ana ini stelah beberapa kurun tdk mnjenguknya..alhamdulillah tibe ana di rumah smlm stelah sbulan x pulng...dan kini ana di hospital KMC menjaga adik ana yang bongsu di tahan di wad...semoga dia cpt sembuh dan kami d beri kekuatan untuk mnghadapi ujian ini...insyaallah...dan hasil ku menanti dan mlihat ape yang terjadi di sini brmula dr jam 12-00 am smlm ini yang dpt ku coretkan...Mari kite smae2 renung2 kn..


"SABAR" itu berkat...
"SABAR" itu indah...
"SABAR" itu mulia...
"SABAR" itu sejuk...
"SABAR" itu terpuji...
"SABAR" itu pemaaf...
"SABAR" itu arif & bijaksana....

"Maka Bersabarlah kamu dangan sabar yang Baik" (AL-MA'ARIJ : 5 )

Kerana "SABAR" kita bisa mencapai kebahagiaan...
Kerana "SABAR" kita meraih kejayaan...
Kerana "SABAR" kita mendapat hidayah...
Kerana "SABAR" kita disayangi...
Kerana "SABAR" kita dicintai oleh ALLAH & RASUL-NYA...

Sabar itu berat tanpa IMAN...
Sabar itu rumit tanpa ILMU...
Sabar itu resah tanpa tafakur...
Kita tidak akan tahu makna kehidupan tanpa "SABAR" , 
"SABAR" tidak ada tanpa IMAN & IMAN tidak ada tanpa "ILMU"...

"Jadikanlah SABAR dan SOLAT mu, sebagai penolongmu, Dan sesungguhnya hal itu amat Berat kecuali bagi Orang-orang yang khusyuk'" ( AL-BAQARAH : 45 )

Tanpa IMAN & TAQWA kepada ALLAH SWT tidak akan ada hamba yang sabar akan ujian-NYA.
Kerana ujian-NYA lah darjat kita bertambah..
Kerana ujian-NYA pula lah kita dapat mengenal makna hidup yang sesungguhnya....

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi ALLAH adalah kekal. dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (an-Nahl ; 96)

"Mereka itu diberi pahala dua kali ganda di sebabkan kesabaran mereka....." (al-Qashash : 54 )

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (az-Zumar : 10)



"KESABARAN" adalah cermin peribadi seorang MUSLIM.....
wallahualam ...salam wrt dr ana..^^